Dunia Tanpa Barah

Thursday, 28 May 2015

Jimat Berganda-Ganda Dengan VIVIX

Mungkin rezeki buat peminat Vivix seluruh Malaysia bulan ni hingga Oktober 2015 nanti. Mana tak nyer, Shaklee buat promosi khas untuk peminat Vivix. Promosi Vivix kali ini adalah pembeli akan mendapat penjimatan 5% pembelian 2 botol Vivix.

Tapi promosi ni tak akan dapat jika pembeli membeli sebotol Vivix.


Jom kita bandingkan pembelian sebotol Vivix dan pembelian 2 botol Vivix (Promosi Berganda) ni:



Banyakkan penjimatan?

E-book Percuma Dari Kami
Selain daripada penjimatan berganda daripada Shaklee, setiap pembelian Vivix daripada blog kami akan diberikan percuma 2 E-book (atau mungkin lebih).

E-book pertama diberi percuma
E-book kedua yang akan diberi percuma

Kami juga menjanjikan konsultasi yang berterusan dari pihak kami agar memberi kesan positif kepada masalah kesihatan anda.

Berminat? Apa tunggu lagi, hubungi kami.


Read More

Tuesday, 26 May 2015

Makanan Penyebab Barah

Dalam entry yang lepas, saya dah kongsikan mengenai kerosak sel atau mutasi yang menyebakan berlakunya barah. Tapi tahukah anda apakah bahan yang menyebabkan boleh berlakunya kerosakan tersebut?

Bahan yang merosakkan gene terbahagi kepada 2 iaitu mutagen dan carcinogen.

Mutagen menyebabkan gangguan pada genetik yang mungkin atau mungkin tidak menyebabkan berlakunya barah.

Manakala carcinogen pula adalah bahan yang merosakkan genetik serta diketahui boleh mengakibatkan barah.

Antara makanan yang mempunyai kadar mutagen dan karsinogen yang tinggi adalah makanan yang dimasinkan, makanan diproses dengan nitrite seperti hotdog, makanan dibakar (bbq) serta ikan daripada sumber yang tercemar.

Adalah penting bagi kita mengelak makanan yang mempunya mutagen dan carcinogen sebagai langkah berjaga-jaga.


Read More

Monday, 25 May 2015

Cara Betul Memakai Pelindung Matahari Agar Terhindar Dari Barah Kulit

Ramai yang mengetahui bahawa pancaran sinaran UV daripada matahari secara terus boleh menyebabkan terjadinya barah. Barah kulit kebiasaannya dijumpai pada bahagian badan yang terdedah kepada matahari. Maka penggunaan pelindung matahari yang betul akan membantu kita mengelak daripada sinaran yang juga boleh mengelak proses penuaan.


Panduan Memakai Pelindung Matahari
  • Elakkan kandungan yang terdiri daripada Oxybenzone
  • Nilai SPF minimum harus digunakan adalah 30 (SPF 30) dengan ciri-ciri rintangan air. 
  • Perlu diaplikasikan 20 minit sebelum anda terdedah kepada matahari 
  • Selepas 2 jam, hendaklah disapukan kembali sekiranya anda berpeluh atau berada di dalam air
  • Solekan tidak membantu melindungi wajah daripada sinaran matahari
 Sebaiknya elakkan terdedah kepada sinaran matahari secara terus jika tidak perlu

Read More

Betulkah Barah Sakit Keturunan?

Ramai yang kata, kalau mak bapak ada penyakit barah, anak-anak pasti akan dapat jugak penyakit barah. Lagi meyakinkan, bila doktor selalu tanya berkaitan sakit ibu bapa ketika mengkaji penyakit seseorang.

Sejarah keluarga yang menghidapi barah bukanlah sesutu yang boleh diwarisi. Anda boleh mewarisi risiko menghidapi barah yang tinggi, namun samada anda akan menghidap barah atau tidak, ia adalah bergantung dengan interaksi antara risiko tersebut dengan faktor persekitaran dan cara hidup kita.

Sebenarnya, hanya 5% - 10% penyakit barah sahaja yang terhasil daripada kerosakan gene (mutasi) yang diwarisi daripada ibubapa.




Tetapi, jika anda mempunyai sejarah keluarga tersebut, maka langkah berjaga-jaga yang lebih perlulah diambil untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa barah.



Read More

Kawal Punca Barah Sebelum Ia Mengawal Hidup Kita

Banyak teori tentang sebab kenapa boleh terjadinya barah. Teringat arwah nenek selalu kata, jangan makan mee segera, sebab tu arwah mak kene sakit barah. Ada pulak yang kata, itu penyakit keturunan. Betul ker? 

Seperti yang dikongsikan dalam entry sebelum ini, punca barah adalah disebabkan oleh mutasi atau kerosakan sel yang berlaku ketika pebahagian sel. Jadi apakah punca sel-sel itu rosak?

Punca barah boleh diklasifikasikan kepada punca yang boleh kita tidak boleh kawal dan yang boleh kita kawal.


Punca Yang Tidak Boleh Dikawal
Punca yang memang kita tak boleh nak kawal adalah keturunan. Tapi hanya 5% - 10% sahaja yang terhasil daripada kerosakan gene (mutasi) yang diwarisi daripada ibubapa. Walaubagaimana pun, yang diwarisi hanyalah gene yang rosak, tetapi bukanlah barah itu sendiri. Jadi, jangan risau sangat. Kalau ibu bapa kita penghidap barah, belum tentu kita pun penghidap yang sama.

Tetapi, sebagai orang yang mempunyai risiko yang tinggi, maka sesorang yang mempunyai sejarah keluarga penghidap barah hendaklah lebih berjaga-jaga dengan punca barah yang boleh mereka kawal.

Punca Yang Boleh Dikawal
Punca yang boleh kita kawal pula adalah punca yang hadir di sekeliling kita samada secara sedar atau tidak sedar. Antaranya adalah melalui cara hidup yang tidak sihat dan persekitaran.

Merokok, alkohol, berat badan berlebihan, tidak bersenam serta makanan yang tidak seimbang adalah contoh cara hidup yang tidak sihat. Faktor ini kita sedar boleh menyebabkan keberangkalian mendapat barah adalah tinggi, tapi kita buat tak tahu je kan??

Contoh faktor persekitaran pula adalah sinaran UV.

Kita mampu mengawal barah sekiranya kita mampu mengawal punca barah yang boleh dikawal.


Read More

Friday, 22 May 2015

Satay Dan Timun Tidak Boleh Dipisahkan

Anda perasan tak, bila kita makan satay, mesti orang kedai tu bagi sekali hirisan timun? Bagi kita itu hanya sekadar menu tambahan kan? Tapi timun itu bukan sekadar tambahan, apatah lagi perhiasan. Malah lebih dari itu.

Read More

Monday, 18 May 2015

Barah Bermula Dari Satu Sel Yang Rosak



Penyakit barah, dulu teramat jarang kita dengar. Tapi sekarang dah makin kerap kan? Cuak kadang-kadang bila dengar. Dari bayi sampailah ke atok nenek. Statistik pulak, makin hari makin meningkat. Tapi jangan tak tahu, ramai lagi yang tak tahu bagaimana barah terjadi. Kalau kita tahu bagaimana ianya mula terjadi, maka senanglah kita mengelak. Betul tak?



Read More
Powered by Blogger.

© Dunia Tanpa Barah, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena